Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.
Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.
Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan.
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.
Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
Streptococcus
Staphylococcus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan