Rabu, 28 September 2016
Kemudratan Resdung
1. Jangkitan Otak
2. Sakit tekak yang kronik
3. Jangkitan tulang muka
4. Keadaan lelah
5. Berdengkur secara kronik
6. Menyebabkan jangkitan telinga & tonsil
7. Alahan hidung
8. Selsema biasa yang melarat
Ahad, 18 September 2016
Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung
( seperti sebelum kita berwuduk ). Kemudian, picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati.
Buatlah dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya.
Selepas itu, basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suati destinasi
baik ke pejabat, bersanta, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh
menakjubkan.
Selasa, 6 September 2016
Pantang Larang Pesakit Resdung
Untuk menghalang diri daripada masalah resdung yang kronik, terdapat pantang larang pesakit resdung yang harus diikuti seperti mengelakkan diri daripada memakan makanan berminyak, berlemak dan pedas untuk mengurangkan kadar kolestrol. Penderita kolesterol pada umumnya menghindari makanan berminyak kerana makanan berminyak dianggap sebagai makanan yang akan menyebabkan kadar kolesterol dalam darah menjadi meningkat. Bukan hanya kolesterol, namun banyak penyakit lainnya yang menurut sebagian besar masyarakat dipicu oleh makanan berminyak, seperti jantung, diabetes, darah tinggi, obesitas dan penyakit-penyakit lainnya. Keputusan untuk menghindari makanan berminyak telah diambil banyak orang. Bahkan banyak juga yang meninggalkan minyak goreng dalam proses memasak dan hal ini berpengaruh kepada para penghasil minyak goreng. Sehingga saat ini banyak produk minyak goreng yang memberikan keterangan bahawa minyak goreng tersebut adalah sihat dan bebas kolesterol namun risiko kolesterol dan penyakit lainnya sebenarnya masih timbul. Hal ini disebabkan oleh proses penggunaan minyak goreng untuk memasak. Penggunaan minyak goreng dengan proses pemanasan yang cukup lama akan dapat mengubah asid lemak tidak tepu menjadi asid lemak tepu kemudian menghasilkan zat radikal bebas yang sangat berbahaya bagi tubuh.
Ahad, 4 September 2016
Penyebab Sinusitis Dan Jenis Kuman
Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.
Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.
Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan.
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.
Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
Streptococcus
Staphylococcus

Sabtu, 3 September 2016
Empat ruang sinus
Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :
* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid
* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid
Langgan:
Ulasan (Atom)