Halaman

Sabtu, 28 Januari 2017

Masalah dengkuran kuat

~Masalah dengkuran kuat juga merupakan salah satu simptom masalah resdung.kita selalu memandang remeh akan masalah dengkuran kuat ini dan menganggap ia sebagai perkara biasa.Ia sebenarnya akan mengakibatkan penyakit laim seperti sleep apnea yang boleh menyebabkan kegagalan jantung dan angin ahmar.

~ Dengkuran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:


PERINGKAT PERTAMA
-Iaitu berdengkur yang ringan dengan empat atau lima kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi.


PERINGKAT KEDUA
-Iaitu berdengkur secara sederhana yakni berdengkur berterusan selama sepuluh hingga lima belas minit dan bunyinya pula  agak sama rata.


PERINGKAT KETIGA
-Iaitu berdengkur yang serius diikuti dengan berhentinya pernafasan sehingga terjaga.Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulangi secara berterusan. Dengkuran ini dipanggil 'sleep apnea'. Ia boleh memudaratkan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan