Halaman

Isnin, 3 Oktober 2016

Masalah Resdung Membelenggu Kehidupan.


Resdung merupakan antara penyakit yang paling popular dihidapi oleh masyarakat kita tanpa mengira golongan. Kajian menunjukkan bahawa 1 daripada 4 penduduk Malaysia mengalami masalah ini.
Resdung sebenarnya berpunca dari jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga sekitar bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.
Penyakit resdung ini bukan sekadar mengganggu aktiviti fizikal tetapi juga mengganggu kesihatan mental anda. Ini kerana pesakit resdung sangat mudah mengalami sakit kepala serta mengalami kesukaran untuk bernafas sehingga mengganggu aktiviti harian anda.
Kebiasaannya pesakit resdung akan kerap bersin, alami dengkuran kronik, mengalami batuk, gatal-gatal hidung serta sentiasa berasa letih dan sakit kepala pada waktu pagi. Jika ia semakin kronik, ia mampu menyebabkan telinga pengidap pekak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan