Halaman

Isnin, 15 Ogos 2016

Selalukah anda mengalaminya?







Selalukah anda mengalaminya? Hidung Tersumbat, Hidung dan Tekak Berlendir, Muka Terasa Sakit dan Berat Terutama Pada Bahagian Mata, Sakit Tekak Berpanjangan dan Berulang-Ulang, Gatal Pada Mata dan Hidung, Bersin tak tertahan - Pasti anda pernah melalui simptom-simptom tersebut, anda menghidap RESDUNG !!!!! 

Sabtu, 13 Ogos 2016

Limau Nipis dan Daun Pandan










Limau Nipis dan Daun Pandan

Petua hilangkan resdung tradisional selanjutnya ialah memakai campuran limau nipis dan daun pandan.

  1. Siapkan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan.
  1. Hiris halus-halus daun pandan.
  2. Peras buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, saring air untuk memisahkan bijinya.
  3. Campurkan air perasan limau denga daun pandan.
  4. Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan.
  5. Tapiskan sampai tertinggal air saja.
  6. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.
  7. Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir.
  8. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi.
  9. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
  10. Selepas berakhir, cuci wajah Anda dengan air biasa.

Khamis, 11 Ogos 2016

Khasiat Herba Pokok Putat



Info dan Khasiat Herba Pokok Putat

Pokok Putat POKOK PUTAT (Barringtonia spp.) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Lecythidaceae yang tumbuh liar di negara kita Malaysia dan beberapa negara tropika yang lain. Pokok putat di negara kita sering dikaitkan dengan ‘PUCUK PUTAT’ yang dijadikan sebagai ulam jenis daun yang dimakan segar bersama-sama nasi, sambal belacan atau budu.

Khasiat Herba Pokok Putat

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEGUNAAN:

Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat antikanser. Di Kerala India, biji putat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang menyerupai kanser (ketumbuhan).

Sabtu, 6 Ogos 2016

Pantang Larang Pemakanan Bagi Orang Menghidap Penyakit Resdung

Pantang Larang Pemakanan Bagi Orang Menghidap Penyakit Resdung 

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab. 

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 

3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut 
hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi. 

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas. 

6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda. 

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Khamis, 4 Ogos 2016

SUPPLEMEN UNTUK RAWATAN RESDUNG

TAHUKAH ANDA !!!!

- Resdung boleh juga dirawat dengan pengambilan Supplemen atau Vitamin

- Vitamin dan Mineral ini boleh membantu meningkatkan imuniti tubuh dan mengurangkan simpton resdung

SUPPLEMEN UNTUK RAWATAN RESDUNG
-----------------------------------------------------------

1. Vitamin C
 - Ianya sebagai antiosidan yang baik.
 -Untuk meningkatkan antibodi seseorang

2. B-Complex
 - Bertindak sebagai

3. Alfalfa
 - Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
 - Kaya dengan sumber klorofil

TAMBAHAN
***********
1. Vitalea

2. Vitamin E

3. Zinc

4. ESP / Mealshake

Isnin, 1 Ogos 2016

Tips mencegah dan rawatan resdung:

Tips mencegah dan rawatan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai resdung disarankan agar elakkan menyapu rumah tetapi sebaiknya menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan seperti makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan korang bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair panas seperti teh.
* Lap muka korang menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari kerana bimbang bengkak sinus akan menjadi lebih teruk selepas korang memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Korang juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor korang sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah